Jika stress, dengar ini...





Mungkin info ini juga
berguna untuk anda
👇
Klik Sini



❎ Bukan suka2 Allah jodohkan kita dengan suami yang panas baran..
❎ Bukan suka2 Allah jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan..
❎ Bukan suka2 Allah berikan kita anak yang degil dan nakal..
❎ Bukan suka2 Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
❎ Bukan suka2 Allah beri kita anak ramai..
❎ Bukan suka2 Allah langsung tidak beri anak pada kita..
❎ Bukan suka2 Allah beri kita pelbagai sakit..
❎ Bukan suka2 Allah aturkan kisah silam kita..
Jika bukan kerana kisah silam itu,
kita mungkin akan rasa
"tak banyak dosa" sangat.
Jika bukan kerana kisah silam itu,
kita mungkin akan rasa "aku ni baik je".
Jika bukan kerana kisah silam itu,
kita mungkin tak bersungguh-sungguh
memohon ampun daripada-Nya.

🌹 Bukan saja2 kita seorang je yang dapat hidayah..
Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya
akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.
🌹 Hidup kita Allah yang atur.
Isteri kita Allah yang punya.
Suami kita juga milik Allah..
Anak2 kita Allah yang punya.
Duit kita Allah yang punya.
Kesihatan kita Allah yang punya.

💎 Jadi, jika kita kehilangan
duit, suami, isteri, anak
atau kita sakit
maka redhakanlah.
Kerana semua itu bukan kita punya.
Allah yang punya.
Dia boleh bagi pada kita dan
Dia boleh ambil balik daripada kita
bila2 masa saja.

💎 Namun usah lupa...
Allah itu Maha Penyayang.
Dia ambil sesuatu daripada kita
sebab Dia nak bagi
sesuatu yang lebih besar untuk kita.
Sesuatu yang sangat kita perlukan
yang kita tak pernah tahu.
Cuma Allah yang tahu.
Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.